nak cari rezeki jugak

Saturday, January 12, 2013

Imtihan Bahasa Inggeris

Salaamualaykom....

      Pagi tadi ada imtihan(exam) bahasa Inggeris. Actually, kat sini aku boleh pilih sama ada aku nak ambil bahasa inggeris atau bahasa perancis sebagai subjek bahasa asing. Then, untuk menyenangkan kepala otak, aku ambik jer bahasa inggeris walaupun P&P English kat sini tak sehebat kat Malaysia . Sebabnya, orang kat sini lebih mengutamakan French .

    Serius kelakar belajar BI sini, dalam kelas aku rasa akulah yg paling hebat sekali sebab boleh speaking english dengan American Accent sekali. hew3. Padahal, uslub n qawa3id entah berterabur, agaknye kalo cikgu BI zaman sekolah aku dengar , pengsan depa. Tapi tak kisah la, yang penting aku enjoy je belajar, takdak pon nak stress.

    Time exam tadi sungguh lucu, tadi exam bertulis. Kitorang kena buat essay. Hanya dengan satu peranggan dan satu halaman muka surat. Hermm, teacher kata, " kalo hampa buat banyak2 pon merepek ja, mesti bayak salah punya, " agak2 cmni la terjemahan apa yg teacher kata kat kitorang time nak kena buat essay tadi. Aku ni dalam hati gembira tak terperi sebab kena buat essay pendek jer. Selama ni  , zaman SPM dulu la, kena tulis paling kurang 350 perkataan, seyes aku seorang yang tak suka express my feeling through words( ke aku ni pemalas ?)

    Tajuk essay kitorang "What is your relationship with food?", lagi lah sonang, hatiku riak berkata-kata, "ni tak cukup kalo buat satu perenggan jer ni ,huh" ( manusia memang tak reti nak bersyukur) . Tapi malangnya, kesian kat classmates aku yang lain. Depa tak paham pon tajuk essay ni. Teacher punya la terang lam BI, tapi depa tetap tak paham. Last2, keluaq jugak bahasa Arab teacher, "Ma hia Alaaqatukom ma3al Uklah," ni tajuk nya dalam bahasa arab, bahasa arab. Lega depa. Yang lagi bes, kami semua boleh pakai kamus. Sedihnya, kamus BI aku dah hampr 2 tahun aku tak buka. Bukan pasaipa, aku tertinggal kat Malaysia. Ingatkan study kat sini tak pakai BI langsung. But Alhamdulillah aku install kamus oxford dalam laptop aku. Hahaha. Dah banyak benda senang kat dunia ni.So gunakan sebaik mungkin supaya bermanfaat utk semua, ok.



Haa, ni la rangka karangan aku...bayak betoi merepek. grammar lintang pukang.

aku buat 2 maka surat ja. aku punya peda idea  aku supaya tak terlebih muka surat. huhuhu. 


 

Monday, December 17, 2012

My Dream


Insyaallah, lepas grad ijazah aku nak talab(apply) master kat sini , master lisaniyyat.

Alhamdulillah susunan Allah itu cantik. Sebelum ni aku selalu tak sabar nak grad sebab aku tak maw ambik bahasa arab, aku boring giler belajar bahasa arab sebab tak larat dah dengar asatizah aku membebel bersyarah 2 3 jam dalam dewan kuliah.

Bila aku pikir balik,dulu aku jugak yg tergedik2 over excited nak masuk U, konon ada credit hour , pastu ada banyak cuti la bagai, kelas besar.huhuhu. Takpa, la ni dah macam kat sekolah balik sebab aku tukar U dan aku pilih takhassus Lisaniyyat(Linguistik) , belajar dalam kelas dan dalam kelas tu ada 14 orang jer student. Hahaha, memang yakin habis kalo cakap depan (kadang2 la). Memang sume asatizah senang bagi tumpuan kat kami semua, tapi aku ja yang jarang2 tumpu.hahaha.

Kenapa aku boleh terminat nak ambil Master Lisaniyyat ? Sebelum ni aku dah decide lepas grad ni aku nak ambil A-level untuk belajar Math, aku minat sangat dengan Math, aku rasa pengajian aku tak lengkap tanpa subjek Math.

Tapi tiba2 je aku bertukar arah nak ambil Lisaniyyat pulak. Sebabnya Lisaniyyat ni pon lebih kurang Math jugak. Banyak sangat ijraat dalam lisaniyyat ni pakai Mathematical Formula. Then, I think why not I devote my life in Linguistics, lebih kurang je pon. Lagipun , macam rugi je ambik A-level. Better aku ambik master terus and not giving up my arabic studies.

Thanks to my beloved seniors cuz always asking me whether I'll take master or not. =/

Aku nak ambik master kat morocco jugak. Wilayah pilihan pertama aku adalah wilayah aku sekarang, Mohammedia. Second, kawasan pelancongan =P. Tetouan ke, marakech ke.hahak.


Lepas ambik master, aku nak ambik PhD. Tapi kalo boleh aku tak maw ambik PhD kat sini. Aku nak ambik kat negara Eropah lah sebab nak rasa angin baru pulak.

The song below I dedicated for me and all of 'knowledge seekers'





Ilmu tidak akan menembusi hati2 yang bermaksiat kepada Allah
(Wa Nauzubillahi min Zaalik)

P/S:Ya Allah , jangan biarkan hamba ini putus asa dalam mencapai impian. Amin.



Monday, November 12, 2012

Resepi Dadih Koktail



Bahan-bahan :
  • 11gm agar-agar
  • 500ml air
  • 1/2 cawan gula
  • 500ml susu
  • 1 cawan koktail
  • pewarna (pilihan)

Cara-cara :
  1. Masak agar-agar dan air sekali sehingga agar-agar larut .
  2. Masukkan gula, kacau sehingga larut.
  3. Masukkan susu dan pewarna(pilihan), tunggu sehingga mendidih.
  4. Kemudian, tuang ke dalam acuan yang disukai.
  5. Selepas itu, masukkan koktail ke dalam acuan yang mengandungi agar-agar(dadih).
  6. Biar di luar atau masukkan ke dalam peti ais dan tunggu sehingga beku.
  7. Bon Appetite !! =D

p/s: rasa macam tulis experiment report pon ada.

Friday, March 16, 2012

google knows a lot about us

  • look at the dashboard . You’ll have to sign in to use it. Go through each service to make sure it’s up to date. On the right columns are links for managing your settings and profiles.
  • If you’ve enabled a feature called Web History , check the lists of past searches and delete any you don’t want Google to remember.
  • Next, check out Google's Ads Preferences manager. That page reflects what Google thinks it knows about you when you’re not signed in. You can remove or edit categories of interests.
    If you don’t like targeted ads, you can throw Google off by adding a bunch of fake interests. Or simply turn it off by hitting the “Opt out” link and button. You’ll still get ads, just not targeted ones. The page might give you a few chuckles, as Google’s guess of your age and gender is often wrong.
    The Dashboard is tied to your Google account, while the ad manager is specific to your browser, so you’ll have to do this with each browser on each computer or mobile device you use.


    Read more: http://techland.time.com/2012/03/15/review-5-ways-to-control-your-privacy-on-google/2/#ixzz1pGd1ObWI

Monday, September 5, 2011

nak tengok


nak tengok citer omputih.....banyak sangat unsur seks and loqlaq
nak tengok citer korea....jalan citer lebih kurang sama jer
nak tengok citer jepun.....banyak yang merepek dan tak lojik
nak tengok citer hindustan...banyak sangat babak romantik
nak tengok citer melayu....time tengok tu mesti rasa macam bodoh jer

nak tengok ceramah agama dan debat ilmu lah...banyak sikit input, buka minda... =)

MAT SABU SOKONG KOMUNIS???




Dua tiga hari lepas aku terdengar kawan aku cakap , media sekarang ni tengah kecoh pasal isu mat sabu hina polis dan sokong komunis. Pastu , aku pon cari la video ceramah Mat Sabu yang dikatakan hina polis tu kat youtube. Malangnya , aku tak jumpa pon yang full version, yang keratan jer ada(mungkin tak reti cari kot).Aku tengok kejap jer, sebab internet lambat sangat, video tu pun selalu loading. Aku tengok awal jer, baru aku faham. Sebenarnya ceramah Mat Sabu tu bukan la berniat nak menghina polis. Tetapi lebih kepada kepada mengatakan bahawa sejarah negara Malaysia perlu dikaji semula. Yang dikatakan polis anjing penjajah tu adalah sebagai contoh bukan sebagai "main point" beliau.Banyak lagi contoh yang dikatakan, tetapi dalam banyak2 contoh tu kenapa part polis pulak yang nak dipolitikkan??

Wednesday, August 24, 2011

Maghribi Mengiktiraf Pemberontak Libya

Taiwan News



Kerajaan Maghribi telah mengiktiraf pembangkang Libya sebagai wakil sah rakyat negara Afrika Utara tersebut.

Agensi berita MAP rasmi  mengatakan Menteri Luar Maghribi, Taib Fassi Fihri,hari ini bertemu dengan presiden Majlis Kebangsaan Peralihan, yang mewakili pemberontak yang cuba  menggulingkan rejim Muammar Gaddafi.

Fassi Fihiri tiba pada hari Selasa di ibu negara pemberontak, Benghazi, Libya,dengan mesej dari raja Maghribi, mengucapkan tahniah kepada para pemberontak mengenai kemajuan mereka ke arah "merealisasikan aspirasi rakyat Libya."

Maghribi adalah salah satu dari negara-negara Arab yang telah menyertai kempen serangan udara NATO  terhadap rejim Gaddafi.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...