nak cari rezeki jugak

Monday, September 5, 2011

nak tengok


nak tengok citer omputih.....banyak sangat unsur seks and loqlaq
nak tengok citer korea....jalan citer lebih kurang sama jer
nak tengok citer jepun.....banyak yang merepek dan tak lojik
nak tengok citer hindustan...banyak sangat babak romantik
nak tengok citer melayu....time tengok tu mesti rasa macam bodoh jer

nak tengok ceramah agama dan debat ilmu lah...banyak sikit input, buka minda... =)

MAT SABU SOKONG KOMUNIS???




Dua tiga hari lepas aku terdengar kawan aku cakap , media sekarang ni tengah kecoh pasal isu mat sabu hina polis dan sokong komunis. Pastu , aku pon cari la video ceramah Mat Sabu yang dikatakan hina polis tu kat youtube. Malangnya , aku tak jumpa pon yang full version, yang keratan jer ada(mungkin tak reti cari kot).Aku tengok kejap jer, sebab internet lambat sangat, video tu pun selalu loading. Aku tengok awal jer, baru aku faham. Sebenarnya ceramah Mat Sabu tu bukan la berniat nak menghina polis. Tetapi lebih kepada kepada mengatakan bahawa sejarah negara Malaysia perlu dikaji semula. Yang dikatakan polis anjing penjajah tu adalah sebagai contoh bukan sebagai "main point" beliau.Banyak lagi contoh yang dikatakan, tetapi dalam banyak2 contoh tu kenapa part polis pulak yang nak dipolitikkan??

Wednesday, August 24, 2011

Maghribi Mengiktiraf Pemberontak Libya

Taiwan News



Kerajaan Maghribi telah mengiktiraf pembangkang Libya sebagai wakil sah rakyat negara Afrika Utara tersebut.

Agensi berita MAP rasmi  mengatakan Menteri Luar Maghribi, Taib Fassi Fihri,hari ini bertemu dengan presiden Majlis Kebangsaan Peralihan, yang mewakili pemberontak yang cuba  menggulingkan rejim Muammar Gaddafi.

Fassi Fihiri tiba pada hari Selasa di ibu negara pemberontak, Benghazi, Libya,dengan mesej dari raja Maghribi, mengucapkan tahniah kepada para pemberontak mengenai kemajuan mereka ke arah "merealisasikan aspirasi rakyat Libya."

Maghribi adalah salah satu dari negara-negara Arab yang telah menyertai kempen serangan udara NATO  terhadap rejim Gaddafi.



Tuesday, August 23, 2011

Teguran Terhadap Ulama UMNO



p/s: lappie aku tak bley download video dari youtube plak dah. senang2, aku letak sini.huhuhu

Sang Pencerah


Filem ini mengisahkan tentang sejarah penubuhan sebuah gerakan Islam di Indonesia.

Israel Marah Dengan Sokongan Sepanyol Terhadap Negara Palestin



PressTV

TEL AVIV,Aug 23: Rejim Israel meluahkan rasa terkejut dan kecewa terhadap seruan Menteri Luar Negeri Sepanyol untul mengajak Eropah menyokong pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap  negara Palestin yang merdeka.


Pada Isnin lalu,Tel Aviv secara rasmi membantah Trinidad Jimenez(gambar), dalam ucapannya baru-baru ini optimistik bahawa mesyuarat  menteri-menteri luar EU di Poland pada bulan hadapan akan menghasilkan kemajuan ke arah isu tersebut, Reuters melaporkan.

Yigal Palmor, jurucakap bagi Kementerian Luar Israel, mengumumkan semalam bahawa duta Sepanyol ke Tel Aviv telah dipanggil ke Kementerian Luar dan rejim Israel berada dalam keadaan 'kehairanan dan kecewa' atas kenyataan tersebut.


Duta Sepanyol dilaporkan bertindak balas dengan mendakwa bahawa komen Jimenez hanyalah sebagai 'salah faham'.

Pihak Berkuasa Palestin secara rasmi akan mengemukakan permintaan  kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon untuk menjadi ahli dalam badan dunia itu pada 20 September, apabila Perhimpunan Agung PBB memulakan sesi ke-66.

Kementerian hal ehwal tentera Israel dilaporkan dibayar hampir USD 22 juta untuk membeli apa yang telah telah dipanggil sebagai senjata 'penyebaran orang ramai'(crowd dispersal) untuk menangani perhimpunan yang dijangka akan diadakan untuk menyokong pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap Palestin. Dalam masa tersebut, permintaan Palaetin secara rasmi akan diserahkan kepada badan dunia itu. 

10 STRUKTUR TERTINGGI DI DUNIA



1.BANGUNAN TERTINGGI DI DUNIA 
Burj Khalifa (Burj Dubai) , Dubai



2.KOLAM RENANG TERTINGGI DI DUNIA 
Kolam Renang Ritz-Carlton Hotel,Hong Kong's International Commerce Centre



3.MENARA JAM TERTINGGI DI DUNIA 
Menara Abraj al-Bait , Makkah, Arab Saudi



4.RODA FERRIS TERTINGGI DI DUNIA 
 Singapore Flyer, Singapore



5.MENARA BERKEMBAR TERTINGGI DI DUNIA 
KLCC , Malaysia



6.BANGUNAN HIJAU TERTINGGI DI DUNIA 
 Teipei 101 , Taiwan



7.BANGUNAN TERTINGGI AMERIKA 
Sears Tower, USA



8.MAKAM TERTINGGI DI DUNIA 
Giza Necropolis , Mesir



9.MINARET TERTINGGI DI DUNIA 
 Masjid Hassan 2 , Casablanca, Mahgribi
   minaret : menara masjid



10. DEK PEMERHATI TERTINGGI DI DUNIA 
Shanghai World Financial Center , China 

Friday, August 19, 2011

my first cup cakes

(all the way from my mum's)
bahan2 :
1 cawan mentega
1 gula (dikisar)
6 biji telur
tepung gandum
pewarna , hijau dan merah

cara2:
campurkan mentega dan gula . kacau sehingga menjadi serata.
campurkan telur dan adunkan menggunakan "mixer" (kalau ada la) sehingga kembang.
kemudian, masukkan tepung sebanyak mana yang anda mahu (cek tak taw macamna nak habaq).
lepas tu, bahagikan adunan tersebut ke dalam 2 bekas.


masukkan pewarna hijau pada bekas pertama



dan pewarna merah pada bekas kedua


susun paper cups ke dalam dulang



masukkan 1 sudu teh adunan berwarna hijau 



kemudian, masukkan adunan berwarna merah

then, jangan lupa masukkan ke dalam oven .



ni lah natijahnya. huhuhu, my cup cake. aku tak tahulah kenapa dengan kek aku ni.
rasanya tepung tak cukup, tapi member arab aku cakap sebab aku dok buka tutup pintu oven tu.
sebab tu nampak pelik jer kat atas.dia pesan nanti kalau nak tengok, tengok dari luar je. tak payah buka.

p/s: sorry la, BM aku teruk beno....

Monday, July 11, 2011

my tv


my dream television aku harap , aku kerja nanti aku boleh beli tv camni, dan harap2 tv macam ni dah dijual di Malaysia, bukan hanya sekadar prototype jer..baru gempak. ni duduk seharian depan tv pon tak boring punya. kalo nak tengok berita tak payah susah tengok kat buletin utama ja sebab ada banyak sumber berita. hahaha , nak main game pon senang. caya lah, dunia makin berubah.nak tengok movie, lagi la senang...tak susah2 nak melanggan saluran tv berbayar dah, tu pon belum tentu boleh tengok semua.

Sunday, July 10, 2011

TERBANG MALAYSIA

Dalam aku boring ni time cuti2 ni, aku terfikir kat Malaysia ada berapa banyak syarikat penerbangan ha?? Then aku pon search la kt google, baik dalam bahasa melayu mahupun dalam bahasa inggeris.Tapi tak terfikir pulak nak search dalam bahasa arab ,mana tau kot ada jugak.. hehehe. Aku search dan search, tapi tak banyak pon result yang keluar. Kalau taip syarikat penerbangan Malaysia ,mostly keluar pasal MAS. Yelah, maksud akronim MAS pon lebih kurang jer dengan perkataan “syarikat penerbangan Malaysia”.

Senarai syarikat penerbangan dari Malaysia:

   MAS 
MAS adalah syarikat penerbangan 5 stars. Walaupun harganya agak mahal, tapi service memang best. Layanan pramugara dan pramugari yang kacak2 dan cantik2 amat memuaskan. Sangat mengutamakan pelanggan walaupun hanya dari kelas ekonomi. 



    AIRASIA 
Ni adalah syarikat tambang murah. Hari tu time aku survey harga tiket aku saja la gatal tangan cari harga tiket balik Malaysia. Tahu tak, harga tiket  dari paris ke KL murah sangat. Tak sampai RM1000. Wahh, caya la. Ni yang aku makin bersemangat nak balik Malaysia ni.



  Firefly 
Seperti AIRASIA, FireFly juga adalah antara syarikat penerbangan tambang murah. Aku tak pernah lagi naik flight ni, tapi menurut bapak saudara aku yang pernah naik flight ni, dia cakap firefly terbang rendah sangat, macam terbang atas bumbung rumah orang daaa. Aku yang dengar ni rasa macam menarik jer. Bes apa, tetiba dapat terbang atas rumah sendiri, hehehe. Yang lagi bes kalo terbang atas sawah padi atau hutan, mesti boleh tengok pemandangan cantik ka. Woowww.



  BERJAYA AIR 
Aku tak tahu pasal Berjaya Air ni. Aku rasa Berjaya Air ni beroperasi dalam asia tenggara je kot, Thailand, singapura,Malaysia dan Borneo Island.



    MASwings 
MASwings adalah anak syarikat Malaysia Airlines( MAS). Aku baru jumpa airline time aku search tadi. Seperti yang tertera kat banner atas ni, “ connecting the world to Sabah and Sarawak”, kawasan operasi maswings juga adalah di sekitar Sabah dan Sarawak. So, nanti sesapa yang nak melancong ke Sabah atau Sarawak mesti ingat maswings.Sebab maswings menyediakan operasi ke destinasi2 di Sabah dan Sarawak.




Hornbill Skyways 
Hornbill Skyways adalah syarikat penerbangan yang berasal dari Sarawak . Ia dimiliki oleh kerajaan Sarawak. Antara visi syarikat penerbangan ini adalah menguatkan kewujudan perkhidmatan udara luar bandar .Hornbill skyways ni hanya menyediakan perkhidmatan penerbangan dalam Sarawak sahaja.




           

SELAWAT SYIFA'



Allahumma salli 'ala Sayyidina Muhammad, 
tibbil qulubi wa dawaaaeiha, 
wa `afiyatil abdaani wa shifaaaeha, 
wa nuril absari wa diyaaeiha, 
wa'ala alihi wasohbihi wabarikh wasallim.

اللغة العربية
اللهم صلى على سيدنا محمد

طب القلوب و دوائها

و عافية الأبدان و شفائها

و نور الأبصار و ضيائها

و على آله و صحبه وبارك و سلم


ENGLISH TRANSLATION

O Allah! Send blessings on our leader Muhammad, 
the medicine of hearts and their cure, 
the health of bodies and their healing, 
the light of eyes and their illumination, 
and upon his family, companions, and send peace.

TERJEMAHAN BAHASA MELAYU

Ya Allah, limpahkanlah selawat atas junjungan kami, Muhammad.
Penyembuh hati dan ubatnya,
Dan kesihatan tubuh badan dan ubatnya,
Cahaya mata dan lampunya,
Dan berkatilah dan sejahterakanlah keluarga dan para sahabat baginda. 

Tuesday, June 7, 2011

when i feel afraid to face the world and its challenges, what should i do?

1. I pray for Allah
 
I should be thankful to Allah for giving me the challenges. I thought, if I don't get any challenge, am I really will remember of Him.

2. I call my mum
      
  
                                                               

I wonder, am I can survive without her. Yeah I can, but I almost die. 
She give inspiration to stay alive.

3. I will hear the music or nasyeed or salawat.

        

I love music, sometimes I don't mind what the genre of the music is but I mind of the massage(lyrics) in the music/song.

Friday, June 3, 2011

MALAYSIA SETARAF NEGARA-NEGARA DI EROPAH KE??

Tadi aku ada kelas ganti , waktu petang selepas jamu selera makan kus-kus(couscous)...
Time tunggu ustazah masuk kelas, aku sembang la dengan sorang member arab ni, nama beliau DOUNIA..
Mula2 dia tanya aku, matawang dekat malysia tinggi tak...aku cakap, a'ah tinggi... seringgit malaysia equal to 2.5 dirham morocco.then dia tanya aku lagi, barang kat malaysia murah tak?? aku cakap , mahal...aku bagi contoh kat dia, harga gula ,dulu time aku muda-mudi dulu RM1.70 je sekilo, tapi sekarang dah naek RM2.40 sekilo dan mungkin mahal lagi. pastu boleh pulak dia cakap ,harga barang sini lagi mahal. gula sini sekilo 7dirham (aku dok rasa macam mahal lagi ja,hu3)


harga barang sini memang mahal pon. Dounia ada cakap sini segala-galanya perlukan duit. duit duit duit dan duit.
patutlah ramai orang buat teori yang mengatakan duit itu adalah fitnah terbesar,DAJJAL (wallahua'lam). sambung cerita balik,dia ada tanya " dekat malaysia ,kalo p hospital atau p klinik kena duet tak?"
aku cakap, "kalau student tak kena bayaq duet,orang dewasa atau yang berkerjaya sahaja yang kena duet. itupun tak banyak sangat"
pastu dia kata lagi, "sini kalo sakit kena bayar mahal gilerr...contohnya, kalo cabut gigi,mau kena sembelih 7ratus dirham(rasanya dia cakap 7ribu,ntahla lupa,tak munasabah pon ada gak)..."
maaaak aiii...ni hampir sama dengan duet sewa rumah dan bil-bil bulanan yg aku kena bayar cuma tambah 10dirham...memang mahal,time tu aku terfikir, kat malaysia kena RM2  je kot untuk cabut gigi. RM2 dengan 700dirham itu bagai langit dengan bumi, bagai orang obesiti dengan orang anoreksia, bagai malaysia dengan morocco..memang jauh beza sangat-sangat..
pastu, kami sembang dan sembang bab beza kos hidup kat malaysia..
serius aku cakap harga barang sini memang tak masuk akal. Dounia ada cakap, perbelanjaan makan kat sini sehari 5dirham. pagi makan 2dirham,tengahari makan 3dirham,(bimo a.k.a biskut dengan minum raib)...aku baru nak cakap kat dia,cukup ker,kalau aku mau kebulur. Belum aku keluarkan apa-apa perkataan, dia cakap ni harga untuk orang miskin dan fakir.Sedihnyaaa.
Bagi orang kaya pulak, diorang boleh beli apa saja yang diorang.Dekat morocco ada perbezaan yang teramat ketara antara orang kaya dengan orang miskin. Di sini, orang kaya dan orang miskin amat ramai. Orang biasa amatlah sekit sekali.Then dia ada tanya," kat malaysia camner lak??" aku cakap balik " kami besa-besa ja, tak miskin papa kedana dan tidak juga kaya raya, kebanyakan orang malaysia macam ni, tak la ramai sangat orang miskin, ada tu ada la"


last2 dia cakap, negara malaysia macam negara eropah sebab pentingkan rakyat,negara langsung tak macam eropah. aku pon balas balik kat dia, mana ada(saja nak merendah diri),kami besa2 ja, bukan semua macam ni...


actually ,banyak lagi yang kami sembang, tapi mungkin aku terlupa atau aku tak faham apa yang dia cakap. Biasalah masalah komunikasi...






p/s: credit to my malay friend,dia pon sembang sekali ngan kami sebenaqnya, tapi lupa lak nak mention peranan beliau...keh3
credit also to gomen...malaysian gomen taklah seteruk mana pon...tapi biasalah,dalam hidup ni manusia perlukan kritikan untuk menuju lebih ke hadapan. Tanpa kritikan atau bangkangan, tak mungkin manusia sedari apa salah-silapnya dan terus rasa diri tu serba sempurna. so, I really proud to be malaysian because malaysia is the best country in the world even the world and its own people dont know about it. I know , malaysia dont wanna be a show off country because it is not from islamic principal


ALLAHUAKBAR

Friday, May 20, 2011

aku nak tempah ni..

BLAZER....
sejak aku sampai sini aku tak pernah ada blazer sendiri.
kalau nak guna pon mesti pinjam kat orang...tu pon kalau dia tak guna.

ni blazer impian aku....aku nak pi tempah sekali dengan baju raya aku...
bajet dalam 200dh cukup kot..harap2 la...



or

or

or



hehehe...nampak agak stylo kan walaupun hakikatnya kena nampak macam nerd dengan ber'blazer' satu warna. Mesti terfikirkan kenapa aku letak gambar blazer warna hitam jer. Nampak sangat aku minat warna hitam ni...OK....aku memang minat warna hitam tapi aku tak la selau sangat beli pakaian yang berwarna hitam sebab cepat panas la. Actually, aku kat sini kalau ada apa2 function rasmi dengan persatuan wajib pakai blazer yang berwarna hitam. So,aku kena dan wajib ada blazer yang berwarna hitam. Ni mungkin akan jadi first blazer aku and insyaallah kalau ada kelapangan dan kekayaan aku akan tempah lagi blazer warna lain. And of corse, aku takkan buat design yang nampak nerd


BAJU RAYA

tahun ni aku ingat aku takkan tempah baju kurung or baju kebaya or jubah mahupun djellaba(jalabah)..
aku nak tempah baju turkey atau nama sebenarnya adalah zuhre pardesu. aku begitu tertarik sekali bila tengok budak turkey pakai ni. cantik sangat dan yang penting nampak smart. aku rasa raya ni ,bukan setakat, tapi mesti ramai kengkawan aku pakai baju ni. kat sini kitorang mana main nak beli2 baju..kitorg tempah jer sebab lagi murah dan kita boleh mintak apa yang kita nak, ikut citarasa lah senang cakap. kain pon murah, kita boleh dapat seranedah 15dh per meter (RM6 kot).

check it out...




nampak cantik and sophisticated kan. Hahaha,tapi aku tak pakai la tudung macam ni. Absolutely, aku akan pakai tudung diluar baju dan menutup dada. 
Aku takkan pakai tudung yang tidak menepati syariat islam.


SALAM INTIFADA



Thursday, March 31, 2011

KEBEBASAN


assalamualaikum n bon nuit...


pagi tadi means kemarin (xperasan dah 31hb rupanya)
aku nak citer sket...
kemarin, waktu pagi...aku, mas n mira p aman watani untuk buat bitaqah watoni...
aku org first yg selesai urusan dari diorang ber2 sebab aku pegang segala yg ori...
lepas aku siap uh..aku p la tunggu depa kat tempat duduk yg sebelah kiri tu...
sambil tunggu tu aku makan la sikit2...lapar sangat sebab xbreakfast kt umah sebelum tu...
aku bawak bekal ok,isinya...taw x da apa....ada biskut, marshmallow,cornflake n roti jer(jadi la tu,asal dapat isi perut n xlapar)


lepas aku makan tu,ada sorang mak cik ni mai dok sebelah aku....aku agak dia bukan org sini...ye la ,sebab tempat tu pon tempat untuk buat bitoqoh watoni untuk org asing macam aku ni...
then aku tegur dia n tanya awak ni dri china ke?....pastu dia jawab, x ...aku org rusia.....then aku pon buat muka pelik sebab muka dia macam org cina...pastu dia explain kt aku dia ni bgsa mongolia...owh, baru aku teringat,mongolia ngan rusia kan jiran ja....n tak heran la, dia org rusia..





dia cakap, dia dok sini dah 4 tahun dah....dia masuk penjara sebab dadah/cocaine(aku xberapa faham sangat la,dia hisap or dia seludup)....abaikan yg tu,ni bukan point nya.....
pastu aku tanya dia,"penjara kat sini cmner?"
dia jawab,"sangat la teruk ,ada macam2 problem,kebersihan la, perkauman la,agama la,ada org kulit hitam n org morocco(mmg la ada sebab ni negara morocco kan)"
dia cakap g...dia xboleh nak terima hidup kat sini sebab org sini racist(perkauman)...aku pon dalam otak aku terfikir...'ya ka?' ....aku dok sini ok ja....aku bincang2 balik ngan kgkwan aku,baru aku perasan..org sini agak racist sket kot sebab bagi diorg agama islam hanya untuk diorg je......aku pon pernah kena tanya ngan org sini,"kamu ni islam ka?"....aku ni dalam hati,'org ni buta agak nya,aku yg pakai hijab ni dia bley tanya agama aku'....yg paling aku xley bla tu...ada yg tanya aku 'boleh mengucap x'.....sabar jer...aku taw la aku org melayu pon..xberapa pandai nak cakap arab macam org arab....tapi tolong la jangan anggap bangsa selain arab yg beragama islam ni jahil tentang agama...kami pandai jugak dalam bab agama...kami pon nak masuk syurga jugak...


ok....sambung citer, pastu makcik tu ada tanya aku,aku ni org mana,aku jawab,aku org malaysia(dalam hati serba takut nak jawab,sebab malaysia dah busuk kat mongolia..ni kes pengeboman Altantuya Shariibu punya pasal la ni) . Dia tanya,malaysia negara Islam kan?? then,aku jawab , tapi ada jugak la kristian ,buddha,hindu...aku pon ada jawab,negara aku pon ada cina  n india jugak...
#tapi makcik tu cakap mongolia musuh dengan cina la :( 


dia kata negara ni(morocco) berbeza dengan malaysia sebab malaysia ada kebebasan dalam agama tapi negara ni macam.......
betul jugak tu.....baru aku perasan,rupanya negara aku ni unik jugak...aku pon sebenarnya xboleh terima sangat dengan cara hidup kat sini.
sini semua sama ja...agama sama...bangsa sama...makanan sama....macam2 yg sama...
kalau kat malaysia banyak yg berbeza...bagus jugak sbenarnya kalau ada banyak perbezaan.....
aku bagi contoh, kedai makan,kalo kat sini aku pakai masuk ja mana2 kedai makan tanpa ada perasaa...ye la dah kata sama agama kan....tapi masih was2 g semua makan halal ke tidak sebab ada sesetengah makanan tu makanan yg diproses..macam hot dog n kasyir......lagi pon morocco ni sebelah dengan eropah jer...mesti banyak barang impot dari sana...
kalau kat malaysia,ada jugak was2 tu...tapi rasa was2 akan hilang bila masuk restoran,kedai makan n warung org islam...xyah fikir bayak kali...sedap2 pon sedap,ada banyak pilihan lagi......  
lagi pon kalau nak masuk restoran bukan islam,kena tengok ada tanda halal ke x....kedai makanan segera pon senang nak jumpa...n confirm halal punya...


pasai bangsa pulak....aku sure punya..org malaysia xkisah sangat pasal kelainan adat dan budaya...n tak buat muka pelik pon kalau nampak perbezaan tu(perbezaan adat)...
n boleh terima bgsa lain...agama pon sm jugak...janji xganggu org lain...


makcik ni jugak ada citer psal agama dia...dia bergama buddha...dia punya ketua agama adalah Dalai Lama..tapi Dalai Lama ada penganti dah sebab dia dah terlalu tua,Dalai Lama sekarang ni tinggal kat India.....pengganti dia masih muda lagi....dia pon ada tunjuk gambar ketua agama dia....





p/s: makcik ni aku lupa nak tanya dia nama apa...dia cakap dia baru keluar pnjara kemarin jugak n hari jumaat ni dia nak p spain jumpa suadara perempuan yg blajaq di sana...
harap2 makcik tu selamat sampai n hidup dia bahagia....

Saturday, February 12, 2011

LUNCH

hari ni aku memecahkan rekod bayt18...........
aku masak makanan tengahari........xsilap aku ni la makanan tgahari pertama aku di bumi morocco ni
hahaha...aku masak sikit jer....nasi 3 1/2 pot jer untuk 8org..
tapi ok la untuk menampung perut yg kosong ni...
kesian nya kat perut....

aku ni dah la bertambah gemuk...
tp rasa cam xcukup nutrien je....

tido....

pelik betul hari ni
semalam aku tido pukul 3pagi
tapi bangun dekat2 pukul 7 (oppsss...hampir terlepas subuh)
yg pelik bebenor tu...aku tak tido2 lagi smpai sekarang iaitu jam 11.34 pgi
hehehe.....betul la kata orang, semuanya bergantung pada mindset
time ni aku rasa lain jugak la tapi tak rasa nak tido lagi mungkin 2 3 jam lagi atau mungkin tidak n tunggu malam pulak
lagipon....lepas aku tadabbur tadi aku terus buka laptop, dok ingat malas lagi nak tido
sebab tak elokla tido pepagi....org2 tua ckap rezeki xmasuk
bagi aku...ada betulnya jugak...sebab bila aku tidur jer pepagi mesti hidup aku tak menarik hari tu
walaupun semua benda jadi ok jer...

######

DI MALAM YANG GELAP INI , AKU MEMBACA SEJARAH KEAGUNGAN BANGSAKU YANG TELAH HILANG


http://riwayatmelayu.blogspot.com/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...