nak cari rezeki jugak

Tuesday, August 23, 2011

Israel Marah Dengan Sokongan Sepanyol Terhadap Negara Palestin



PressTV

TEL AVIV,Aug 23: Rejim Israel meluahkan rasa terkejut dan kecewa terhadap seruan Menteri Luar Negeri Sepanyol untul mengajak Eropah menyokong pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap  negara Palestin yang merdeka.


Pada Isnin lalu,Tel Aviv secara rasmi membantah Trinidad Jimenez(gambar), dalam ucapannya baru-baru ini optimistik bahawa mesyuarat  menteri-menteri luar EU di Poland pada bulan hadapan akan menghasilkan kemajuan ke arah isu tersebut, Reuters melaporkan.

Yigal Palmor, jurucakap bagi Kementerian Luar Israel, mengumumkan semalam bahawa duta Sepanyol ke Tel Aviv telah dipanggil ke Kementerian Luar dan rejim Israel berada dalam keadaan 'kehairanan dan kecewa' atas kenyataan tersebut.


Duta Sepanyol dilaporkan bertindak balas dengan mendakwa bahawa komen Jimenez hanyalah sebagai 'salah faham'.

Pihak Berkuasa Palestin secara rasmi akan mengemukakan permintaan  kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon untuk menjadi ahli dalam badan dunia itu pada 20 September, apabila Perhimpunan Agung PBB memulakan sesi ke-66.

Kementerian hal ehwal tentera Israel dilaporkan dibayar hampir USD 22 juta untuk membeli apa yang telah telah dipanggil sebagai senjata 'penyebaran orang ramai'(crowd dispersal) untuk menangani perhimpunan yang dijangka akan diadakan untuk menyokong pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap Palestin. Dalam masa tersebut, permintaan Palaetin secara rasmi akan diserahkan kepada badan dunia itu. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...