nak cari rezeki jugak

Tuesday, June 7, 2011

when i feel afraid to face the world and its challenges, what should i do?

1. I pray for Allah
 
I should be thankful to Allah for giving me the challenges. I thought, if I don't get any challenge, am I really will remember of Him.

2. I call my mum
      
  
                                                               

I wonder, am I can survive without her. Yeah I can, but I almost die. 
She give inspiration to stay alive.

3. I will hear the music or nasyeed or salawat.

        

I love music, sometimes I don't mind what the genre of the music is but I mind of the massage(lyrics) in the music/song.

Friday, June 3, 2011

MALAYSIA SETARAF NEGARA-NEGARA DI EROPAH KE??

Tadi aku ada kelas ganti , waktu petang selepas jamu selera makan kus-kus(couscous)...
Time tunggu ustazah masuk kelas, aku sembang la dengan sorang member arab ni, nama beliau DOUNIA..
Mula2 dia tanya aku, matawang dekat malysia tinggi tak...aku cakap, a'ah tinggi... seringgit malaysia equal to 2.5 dirham morocco.then dia tanya aku lagi, barang kat malaysia murah tak?? aku cakap , mahal...aku bagi contoh kat dia, harga gula ,dulu time aku muda-mudi dulu RM1.70 je sekilo, tapi sekarang dah naek RM2.40 sekilo dan mungkin mahal lagi. pastu boleh pulak dia cakap ,harga barang sini lagi mahal. gula sini sekilo 7dirham (aku dok rasa macam mahal lagi ja,hu3)


harga barang sini memang mahal pon. Dounia ada cakap sini segala-galanya perlukan duit. duit duit duit dan duit.
patutlah ramai orang buat teori yang mengatakan duit itu adalah fitnah terbesar,DAJJAL (wallahua'lam). sambung cerita balik,dia ada tanya " dekat malaysia ,kalo p hospital atau p klinik kena duet tak?"
aku cakap, "kalau student tak kena bayaq duet,orang dewasa atau yang berkerjaya sahaja yang kena duet. itupun tak banyak sangat"
pastu dia kata lagi, "sini kalo sakit kena bayar mahal gilerr...contohnya, kalo cabut gigi,mau kena sembelih 7ratus dirham(rasanya dia cakap 7ribu,ntahla lupa,tak munasabah pon ada gak)..."
maaaak aiii...ni hampir sama dengan duet sewa rumah dan bil-bil bulanan yg aku kena bayar cuma tambah 10dirham...memang mahal,time tu aku terfikir, kat malaysia kena RM2  je kot untuk cabut gigi. RM2 dengan 700dirham itu bagai langit dengan bumi, bagai orang obesiti dengan orang anoreksia, bagai malaysia dengan morocco..memang jauh beza sangat-sangat..
pastu, kami sembang dan sembang bab beza kos hidup kat malaysia..
serius aku cakap harga barang sini memang tak masuk akal. Dounia ada cakap, perbelanjaan makan kat sini sehari 5dirham. pagi makan 2dirham,tengahari makan 3dirham,(bimo a.k.a biskut dengan minum raib)...aku baru nak cakap kat dia,cukup ker,kalau aku mau kebulur. Belum aku keluarkan apa-apa perkataan, dia cakap ni harga untuk orang miskin dan fakir.Sedihnyaaa.
Bagi orang kaya pulak, diorang boleh beli apa saja yang diorang.Dekat morocco ada perbezaan yang teramat ketara antara orang kaya dengan orang miskin. Di sini, orang kaya dan orang miskin amat ramai. Orang biasa amatlah sekit sekali.Then dia ada tanya," kat malaysia camner lak??" aku cakap balik " kami besa-besa ja, tak miskin papa kedana dan tidak juga kaya raya, kebanyakan orang malaysia macam ni, tak la ramai sangat orang miskin, ada tu ada la"


last2 dia cakap, negara malaysia macam negara eropah sebab pentingkan rakyat,negara langsung tak macam eropah. aku pon balas balik kat dia, mana ada(saja nak merendah diri),kami besa2 ja, bukan semua macam ni...


actually ,banyak lagi yang kami sembang, tapi mungkin aku terlupa atau aku tak faham apa yang dia cakap. Biasalah masalah komunikasi...






p/s: credit to my malay friend,dia pon sembang sekali ngan kami sebenaqnya, tapi lupa lak nak mention peranan beliau...keh3
credit also to gomen...malaysian gomen taklah seteruk mana pon...tapi biasalah,dalam hidup ni manusia perlukan kritikan untuk menuju lebih ke hadapan. Tanpa kritikan atau bangkangan, tak mungkin manusia sedari apa salah-silapnya dan terus rasa diri tu serba sempurna. so, I really proud to be malaysian because malaysia is the best country in the world even the world and its own people dont know about it. I know , malaysia dont wanna be a show off country because it is not from islamic principal


ALLAHUAKBAR
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...