Dua tiga hari lepas aku terdengar kawan aku cakap , media sekarang ni tengah kecoh pasal isu mat sabu hina polis dan sokong komunis. Pastu , aku pon cari la video ceramah Mat Sabu yang dikatakan hina polis tu kat youtube. Malangnya , aku tak jumpa pon yang full version, yang keratan jer ada(mungkin tak reti cari kot).Aku tengok kejap jer, sebab internet lambat sangat, video tu pun selalu loading. Aku tengok awal jer, baru aku faham. Sebenarnya ceramah Mat Sabu tu bukan la berniat nak menghina polis. Tetapi lebih kepada kepada mengatakan bahawa sejarah negara Malaysia perlu dikaji semula. Yang dikatakan polis anjing penjajah tu adalah sebagai contoh bukan sebagai "main point" beliau.Banyak lagi contoh yang dikatakan, tetapi dalam banyak2 contoh tu kenapa part polis pulak yang nak dipolitikkan??
No comments:
Post a Comment