nak cari rezeki jugak

Wednesday, August 24, 2011

Maghribi Mengiktiraf Pemberontak Libya

Taiwan News



Kerajaan Maghribi telah mengiktiraf pembangkang Libya sebagai wakil sah rakyat negara Afrika Utara tersebut.

Agensi berita MAP rasmi  mengatakan Menteri Luar Maghribi, Taib Fassi Fihri,hari ini bertemu dengan presiden Majlis Kebangsaan Peralihan, yang mewakili pemberontak yang cuba  menggulingkan rejim Muammar Gaddafi.

Fassi Fihiri tiba pada hari Selasa di ibu negara pemberontak, Benghazi, Libya,dengan mesej dari raja Maghribi, mengucapkan tahniah kepada para pemberontak mengenai kemajuan mereka ke arah "merealisasikan aspirasi rakyat Libya."

Maghribi adalah salah satu dari negara-negara Arab yang telah menyertai kempen serangan udara NATO  terhadap rejim Gaddafi.



Tuesday, August 23, 2011

Teguran Terhadap Ulama UMNO



p/s: lappie aku tak bley download video dari youtube plak dah. senang2, aku letak sini.huhuhu

Sang Pencerah


Filem ini mengisahkan tentang sejarah penubuhan sebuah gerakan Islam di Indonesia.

Israel Marah Dengan Sokongan Sepanyol Terhadap Negara Palestin



PressTV

TEL AVIV,Aug 23: Rejim Israel meluahkan rasa terkejut dan kecewa terhadap seruan Menteri Luar Negeri Sepanyol untul mengajak Eropah menyokong pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap  negara Palestin yang merdeka.


Pada Isnin lalu,Tel Aviv secara rasmi membantah Trinidad Jimenez(gambar), dalam ucapannya baru-baru ini optimistik bahawa mesyuarat  menteri-menteri luar EU di Poland pada bulan hadapan akan menghasilkan kemajuan ke arah isu tersebut, Reuters melaporkan.

Yigal Palmor, jurucakap bagi Kementerian Luar Israel, mengumumkan semalam bahawa duta Sepanyol ke Tel Aviv telah dipanggil ke Kementerian Luar dan rejim Israel berada dalam keadaan 'kehairanan dan kecewa' atas kenyataan tersebut.


Duta Sepanyol dilaporkan bertindak balas dengan mendakwa bahawa komen Jimenez hanyalah sebagai 'salah faham'.

Pihak Berkuasa Palestin secara rasmi akan mengemukakan permintaan  kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon untuk menjadi ahli dalam badan dunia itu pada 20 September, apabila Perhimpunan Agung PBB memulakan sesi ke-66.

Kementerian hal ehwal tentera Israel dilaporkan dibayar hampir USD 22 juta untuk membeli apa yang telah telah dipanggil sebagai senjata 'penyebaran orang ramai'(crowd dispersal) untuk menangani perhimpunan yang dijangka akan diadakan untuk menyokong pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap Palestin. Dalam masa tersebut, permintaan Palaetin secara rasmi akan diserahkan kepada badan dunia itu. 

10 STRUKTUR TERTINGGI DI DUNIA



1.BANGUNAN TERTINGGI DI DUNIA 
Burj Khalifa (Burj Dubai) , Dubai



2.KOLAM RENANG TERTINGGI DI DUNIA 
Kolam Renang Ritz-Carlton Hotel,Hong Kong's International Commerce Centre



3.MENARA JAM TERTINGGI DI DUNIA 
Menara Abraj al-Bait , Makkah, Arab Saudi



4.RODA FERRIS TERTINGGI DI DUNIA 
 Singapore Flyer, Singapore



5.MENARA BERKEMBAR TERTINGGI DI DUNIA 
KLCC , Malaysia



6.BANGUNAN HIJAU TERTINGGI DI DUNIA 
 Teipei 101 , Taiwan



7.BANGUNAN TERTINGGI AMERIKA 
Sears Tower, USA



8.MAKAM TERTINGGI DI DUNIA 
Giza Necropolis , Mesir



9.MINARET TERTINGGI DI DUNIA 
 Masjid Hassan 2 , Casablanca, Mahgribi
   minaret : menara masjid



10. DEK PEMERHATI TERTINGGI DI DUNIA 
Shanghai World Financial Center , China 

Friday, August 19, 2011

my first cup cakes

(all the way from my mum's)
bahan2 :
1 cawan mentega
1 gula (dikisar)
6 biji telur
tepung gandum
pewarna , hijau dan merah

cara2:
campurkan mentega dan gula . kacau sehingga menjadi serata.
campurkan telur dan adunkan menggunakan "mixer" (kalau ada la) sehingga kembang.
kemudian, masukkan tepung sebanyak mana yang anda mahu (cek tak taw macamna nak habaq).
lepas tu, bahagikan adunan tersebut ke dalam 2 bekas.


masukkan pewarna hijau pada bekas pertama



dan pewarna merah pada bekas kedua


susun paper cups ke dalam dulang



masukkan 1 sudu teh adunan berwarna hijau 



kemudian, masukkan adunan berwarna merah

then, jangan lupa masukkan ke dalam oven .



ni lah natijahnya. huhuhu, my cup cake. aku tak tahulah kenapa dengan kek aku ni.
rasanya tepung tak cukup, tapi member arab aku cakap sebab aku dok buka tutup pintu oven tu.
sebab tu nampak pelik jer kat atas.dia pesan nanti kalau nak tengok, tengok dari luar je. tak payah buka.

p/s: sorry la, BM aku teruk beno....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...