nak cari rezeki jugak

Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Monday, November 12, 2012

Resepi Dadih Koktail



Bahan-bahan :
  • 11gm agar-agar
  • 500ml air
  • 1/2 cawan gula
  • 500ml susu
  • 1 cawan koktail
  • pewarna (pilihan)

Cara-cara :
  1. Masak agar-agar dan air sekali sehingga agar-agar larut .
  2. Masukkan gula, kacau sehingga larut.
  3. Masukkan susu dan pewarna(pilihan), tunggu sehingga mendidih.
  4. Kemudian, tuang ke dalam acuan yang disukai.
  5. Selepas itu, masukkan koktail ke dalam acuan yang mengandungi agar-agar(dadih).
  6. Biar di luar atau masukkan ke dalam peti ais dan tunggu sehingga beku.
  7. Bon Appetite !! =D

p/s: rasa macam tulis experiment report pon ada.

Friday, August 19, 2011

my first cup cakes

(all the way from my mum's)
bahan2 :
1 cawan mentega
1 gula (dikisar)
6 biji telur
tepung gandum
pewarna , hijau dan merah

cara2:
campurkan mentega dan gula . kacau sehingga menjadi serata.
campurkan telur dan adunkan menggunakan "mixer" (kalau ada la) sehingga kembang.
kemudian, masukkan tepung sebanyak mana yang anda mahu (cek tak taw macamna nak habaq).
lepas tu, bahagikan adunan tersebut ke dalam 2 bekas.


masukkan pewarna hijau pada bekas pertama



dan pewarna merah pada bekas kedua


susun paper cups ke dalam dulang



masukkan 1 sudu teh adunan berwarna hijau 



kemudian, masukkan adunan berwarna merah

then, jangan lupa masukkan ke dalam oven .



ni lah natijahnya. huhuhu, my cup cake. aku tak tahulah kenapa dengan kek aku ni.
rasanya tepung tak cukup, tapi member arab aku cakap sebab aku dok buka tutup pintu oven tu.
sebab tu nampak pelik jer kat atas.dia pesan nanti kalau nak tengok, tengok dari luar je. tak payah buka.

p/s: sorry la, BM aku teruk beno....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...