nak cari rezeki jugak

Sunday, July 10, 2011

TERBANG MALAYSIA

Dalam aku boring ni time cuti2 ni, aku terfikir kat Malaysia ada berapa banyak syarikat penerbangan ha?? Then aku pon search la kt google, baik dalam bahasa melayu mahupun dalam bahasa inggeris.Tapi tak terfikir pulak nak search dalam bahasa arab ,mana tau kot ada jugak.. hehehe. Aku search dan search, tapi tak banyak pon result yang keluar. Kalau taip syarikat penerbangan Malaysia ,mostly keluar pasal MAS. Yelah, maksud akronim MAS pon lebih kurang jer dengan perkataan “syarikat penerbangan Malaysia”.

Senarai syarikat penerbangan dari Malaysia:

   MAS 
MAS adalah syarikat penerbangan 5 stars. Walaupun harganya agak mahal, tapi service memang best. Layanan pramugara dan pramugari yang kacak2 dan cantik2 amat memuaskan. Sangat mengutamakan pelanggan walaupun hanya dari kelas ekonomi. 



    AIRASIA 
Ni adalah syarikat tambang murah. Hari tu time aku survey harga tiket aku saja la gatal tangan cari harga tiket balik Malaysia. Tahu tak, harga tiket  dari paris ke KL murah sangat. Tak sampai RM1000. Wahh, caya la. Ni yang aku makin bersemangat nak balik Malaysia ni.



  Firefly 
Seperti AIRASIA, FireFly juga adalah antara syarikat penerbangan tambang murah. Aku tak pernah lagi naik flight ni, tapi menurut bapak saudara aku yang pernah naik flight ni, dia cakap firefly terbang rendah sangat, macam terbang atas bumbung rumah orang daaa. Aku yang dengar ni rasa macam menarik jer. Bes apa, tetiba dapat terbang atas rumah sendiri, hehehe. Yang lagi bes kalo terbang atas sawah padi atau hutan, mesti boleh tengok pemandangan cantik ka. Woowww.



  BERJAYA AIR 
Aku tak tahu pasal Berjaya Air ni. Aku rasa Berjaya Air ni beroperasi dalam asia tenggara je kot, Thailand, singapura,Malaysia dan Borneo Island.



    MASwings 
MASwings adalah anak syarikat Malaysia Airlines( MAS). Aku baru jumpa airline time aku search tadi. Seperti yang tertera kat banner atas ni, “ connecting the world to Sabah and Sarawak”, kawasan operasi maswings juga adalah di sekitar Sabah dan Sarawak. So, nanti sesapa yang nak melancong ke Sabah atau Sarawak mesti ingat maswings.Sebab maswings menyediakan operasi ke destinasi2 di Sabah dan Sarawak.




Hornbill Skyways 
Hornbill Skyways adalah syarikat penerbangan yang berasal dari Sarawak . Ia dimiliki oleh kerajaan Sarawak. Antara visi syarikat penerbangan ini adalah menguatkan kewujudan perkhidmatan udara luar bandar .Hornbill skyways ni hanya menyediakan perkhidmatan penerbangan dalam Sarawak sahaja.




           

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...