nak cari rezeki jugak

Monday, September 5, 2011

nak tengok


nak tengok citer omputih.....banyak sangat unsur seks and loqlaq
nak tengok citer korea....jalan citer lebih kurang sama jer
nak tengok citer jepun.....banyak yang merepek dan tak lojik
nak tengok citer hindustan...banyak sangat babak romantik
nak tengok citer melayu....time tengok tu mesti rasa macam bodoh jer

nak tengok ceramah agama dan debat ilmu lah...banyak sikit input, buka minda... =)

MAT SABU SOKONG KOMUNIS???




Dua tiga hari lepas aku terdengar kawan aku cakap , media sekarang ni tengah kecoh pasal isu mat sabu hina polis dan sokong komunis. Pastu , aku pon cari la video ceramah Mat Sabu yang dikatakan hina polis tu kat youtube. Malangnya , aku tak jumpa pon yang full version, yang keratan jer ada(mungkin tak reti cari kot).Aku tengok kejap jer, sebab internet lambat sangat, video tu pun selalu loading. Aku tengok awal jer, baru aku faham. Sebenarnya ceramah Mat Sabu tu bukan la berniat nak menghina polis. Tetapi lebih kepada kepada mengatakan bahawa sejarah negara Malaysia perlu dikaji semula. Yang dikatakan polis anjing penjajah tu adalah sebagai contoh bukan sebagai "main point" beliau.Banyak lagi contoh yang dikatakan, tetapi dalam banyak2 contoh tu kenapa part polis pulak yang nak dipolitikkan??

Wednesday, August 24, 2011

Maghribi Mengiktiraf Pemberontak Libya

Taiwan News



Kerajaan Maghribi telah mengiktiraf pembangkang Libya sebagai wakil sah rakyat negara Afrika Utara tersebut.

Agensi berita MAP rasmi  mengatakan Menteri Luar Maghribi, Taib Fassi Fihri,hari ini bertemu dengan presiden Majlis Kebangsaan Peralihan, yang mewakili pemberontak yang cuba  menggulingkan rejim Muammar Gaddafi.

Fassi Fihiri tiba pada hari Selasa di ibu negara pemberontak, Benghazi, Libya,dengan mesej dari raja Maghribi, mengucapkan tahniah kepada para pemberontak mengenai kemajuan mereka ke arah "merealisasikan aspirasi rakyat Libya."

Maghribi adalah salah satu dari negara-negara Arab yang telah menyertai kempen serangan udara NATO  terhadap rejim Gaddafi.



Tuesday, August 23, 2011

Teguran Terhadap Ulama UMNO



p/s: lappie aku tak bley download video dari youtube plak dah. senang2, aku letak sini.huhuhu

Sang Pencerah


Filem ini mengisahkan tentang sejarah penubuhan sebuah gerakan Islam di Indonesia.

Israel Marah Dengan Sokongan Sepanyol Terhadap Negara Palestin



PressTV

TEL AVIV,Aug 23: Rejim Israel meluahkan rasa terkejut dan kecewa terhadap seruan Menteri Luar Negeri Sepanyol untul mengajak Eropah menyokong pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap  negara Palestin yang merdeka.


Pada Isnin lalu,Tel Aviv secara rasmi membantah Trinidad Jimenez(gambar), dalam ucapannya baru-baru ini optimistik bahawa mesyuarat  menteri-menteri luar EU di Poland pada bulan hadapan akan menghasilkan kemajuan ke arah isu tersebut, Reuters melaporkan.

Yigal Palmor, jurucakap bagi Kementerian Luar Israel, mengumumkan semalam bahawa duta Sepanyol ke Tel Aviv telah dipanggil ke Kementerian Luar dan rejim Israel berada dalam keadaan 'kehairanan dan kecewa' atas kenyataan tersebut.


Duta Sepanyol dilaporkan bertindak balas dengan mendakwa bahawa komen Jimenez hanyalah sebagai 'salah faham'.

Pihak Berkuasa Palestin secara rasmi akan mengemukakan permintaan  kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon untuk menjadi ahli dalam badan dunia itu pada 20 September, apabila Perhimpunan Agung PBB memulakan sesi ke-66.

Kementerian hal ehwal tentera Israel dilaporkan dibayar hampir USD 22 juta untuk membeli apa yang telah telah dipanggil sebagai senjata 'penyebaran orang ramai'(crowd dispersal) untuk menangani perhimpunan yang dijangka akan diadakan untuk menyokong pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap Palestin. Dalam masa tersebut, permintaan Palaetin secara rasmi akan diserahkan kepada badan dunia itu. 

10 STRUKTUR TERTINGGI DI DUNIA



1.BANGUNAN TERTINGGI DI DUNIA 
Burj Khalifa (Burj Dubai) , Dubai



2.KOLAM RENANG TERTINGGI DI DUNIA 
Kolam Renang Ritz-Carlton Hotel,Hong Kong's International Commerce Centre



3.MENARA JAM TERTINGGI DI DUNIA 
Menara Abraj al-Bait , Makkah, Arab Saudi



4.RODA FERRIS TERTINGGI DI DUNIA 
 Singapore Flyer, Singapore



5.MENARA BERKEMBAR TERTINGGI DI DUNIA 
KLCC , Malaysia



6.BANGUNAN HIJAU TERTINGGI DI DUNIA 
 Teipei 101 , Taiwan



7.BANGUNAN TERTINGGI AMERIKA 
Sears Tower, USA



8.MAKAM TERTINGGI DI DUNIA 
Giza Necropolis , Mesir



9.MINARET TERTINGGI DI DUNIA 
 Masjid Hassan 2 , Casablanca, Mahgribi
   minaret : menara masjid



10. DEK PEMERHATI TERTINGGI DI DUNIA 
Shanghai World Financial Center , China 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...